Halaman

WebTV PAS

KELANTAN TV (LIVE)

Jadual Siaran LIVE Tetap KELANTAN TV www.mykelantan.tv
Kuliah Jumaat
Setiap hari Jumaat
Bermula pukul 8.30 pagi - 10.30 pagi

Khamis, Disember 22, 2011

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA




Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.


Firman Allah :
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.


Khadam Perjuangan Islam

Nik Abdul Aziz Nik Mat - Hormati Saluran Parti, Jangan Berikan Peluru Untuk Musuh


Saya ingin memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini. Saya menyokong sepenuhnya keputusan ini dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.


Selaku Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak. Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas. Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan. Dalam hal ini, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS ini.

Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti. Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh. Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-allah.

YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh pada : 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan

Khamis, Disember 08, 2011

PAS jamin Melayu Islam jadi teras politik negara



KUALA TERENGGANU, 8 Dis:
PAS memberi jaminan bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Katanya, semua kaum dan semua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut.

Menurutnya, mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam akan menjadi teras kepada politik negara ini.

“Kita perlu menyedari bahawa semua kaum di Malaysia, semua parti di Malaysia sama ada kerajaan atau pembangkang, sama ada Umno, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain.

“Mereka (rakyat) menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini ialah Melayu Islam. Sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik negara,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang ketika membahaskan Belanjawan (Bajet) 2012 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya, jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara PAS dengan Umno kerusi Melayu tidak terjejas atau hilang.

Malah, katanya kuasa politik Melayu Islam menjadi semakin kuat dan kukuh apabila PAS menggantikan kerusi Umno dan BN tersebut.

“Umno hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS 23 kerusi dan PKR ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, PAS dapat 40 kerusi lagi menjadikan PAS 63 kerusi, Umno jadi menurun jumlah kerusinya.

“Dalam keadaan ini teras kuasa politik masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Siapa yang menguasai teras politik, dialah yang menguasai politik negara.

“Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Terengganu dan disebarkan jika Umno kalah DAP yang memerintah Terengganu, sedangkan DAP satu kerusi pun tidak bertanding di Terengganu. Kita memperbodohkan orang kita sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika Umno kalah dalam pilihan raya adalah tidak benar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi.

Tetapi malangnya, kata Ustaz Abdul Hadi apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan majoriti bukan Melayu, maka diambil kerusi-kerusi yang majoriti Melayu campuran untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Menurutnya, strategi politik Umno tersebut silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walau pun BN masih majoriti.

“Kerusi bukan Islam secara majoriti sekitar 40 kerusi dari 220 kerusi di Parlimen. Apabila MCA, MIC dan Gerakan kalah di kawasan mereka (bukan Melayu).

“Umno telah mengambil kerusi-kerusi yang majoriti campuran Melayu untuk diberi kepada MCA, MIC dan Gerakan.

“Ini boleh mengurangkan kerusi Melayu sendiri. Ini satu kesilapan strategi politik dari Umno sendiri walau pun BN masih majoriti,” ujarnya.

Katanya, kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan adalah kerjasama wala’ yang boleh menggadai prinsip serta perhitungan halal dan haram.

Khairul Azlam Mohamad

HarakahDaily

PAS tidak pernah bina kasino, kilang arak

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik untuk merestuinya.

“Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan pusat judi Genting dan kilang arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PAS hanya berjaya membina satu masjid sepanjang pemerintahannya di Kelantan.

“Bilangan masjid bukan matlamat kita tetapi memakmurkan masjid itulah yang menjadi objektif utama PAS, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkan asas bahawa memakmurkan masjid sebagai perkara utama dan mencela masjid yang dibina bukan di atas dasar taqwa kepada Allah, sepertimana yang dirakamkan di dalam Al-Quran tentang masjid dhirar yang dicela oleh Allah kerana dibina bukan kerana Allah.

Alhamdulillah, PAS tidak pernah bina satu kasino dan kilang arak pun.

“Siapa yang bina tempat tersebut di tanahair kita ini?” soalnya.

Beliau juga bertanya siapa yang merasmikan kilang arak di negara ini.

“Semua rakyat khususnya yang beragama Islam sangat tahu tentang hakikat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Rasulullah s.a.w melarang umat Islam daripada memperkecilkan sesuatu amalan yang maaruf , mungkin ianya nampak kecil pada mata kita tetapi ia sebenarnya memberikan timbangan yang sangat berat pada hari akhirat kelak.

Justeru, katanya Umno sepatutnya memuhasabah diri terhadap perkara maksiat yang telah dilakukan termasuk mengizinkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam untuk terus berlaku dalam negara ini.

“Kita harap umat Islam tidak terus memberi kepercayaan kepada Umno lagi dalam PRU 13 yang akan datang kerana kegawatan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya berpunca daripada sistem yang tidak berlandaskan Islam,” ujar beliau lagi.

Harakahdaily

PAS lancar buku dokumen negara berkebajikan



KUALA LUMPUR, 8 Dis:
Seperti dijanjikan sebelum ini, PAS akan melancarkan buku Negara Berkebajikan parti itu pada Ahad 11 Disember ini.

Pelancaran buku tersebut akan disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program yang akan bermula jam 3 petang bertempat di ruang lobi Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam.

Buku yang bertajuk "Negara Berkebajikan: Tawaran PAS" itu merupakan penjelasan dan perincian terhadap kandungan konsep negara berkebajikan yang mahu ditawarkan PAS.

Buku setebal 59 muka surat itu mengandungi tujuh bahagian antara lain memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama, polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Bahagian 10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS antara lain seperti berikut:

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

Sementara itu, buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Tuan Guru Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku ini adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkan beliau dalam muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan.

Harakahdaily

Selasa, Disember 06, 2011

Mahasiswa: Tak mencukupi sekadar pinda AUKU



Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU) sahaja tidak mencukupi bagi menjamin autonomi institusi berkenaan, kata sekumpulan mahasiswa.

NONEJusteru, perwakilan Solidariti Mahasiswa Malaysia dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendesak supaya Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Syarikat 1965 juga dipinda.

"Jika Seksyen 15 (AUKU) akan dimansuhkan atau digantikan, beberapa bahagian di bawah kedua-dua Akta berkenaan juga mesti dikaji semula," kata pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab kepada Malaysiakini.

Enakmen berkenaan, kata Ahmad Syukri, telah menimbulkan masalah kepada lima orang pelajar, yang digantung kerana terbabit dengan perhimpunan haram pada bulan April lalu.

Kesalahan mereka hanyalah kerana mendesak pihak pengurusan Kuin menimbang semula penggunaan sebuah bangunan kolej kediaman untuk dijadikan tempat mengaji al-Quran.

"Seksyen 10 dan 11 Akta Syarikat dan Seksyen 46 dan 47 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta telah digunakan ke atas mereka," kata Ahmad Syukri.

Kumpulan mahasiswa itu, hari ini menyerahkan memorandum mereka kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya dan telah diberi jaminan bahawa permintaan mereka akan dibincangkan semasa mesyuarat meja bulat yang dijadualkan bermula dalam masa dua minggu.

Menurut Ahmad Syukri, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah telah memaklumkan kepada mereka bahawa pihaknya akan merujuk kepada pihak-pihak yang terbabit dengan pindaaan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang sekarang melarang pelajar daripada terbabit dalam politik..-

MalaysiaKini

Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta



KUALA LUMPUR, 6 Dis — Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menafikan pernah menerima habusan daripada syarikat gergasi kejuruteraan Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di Perlis lebih dua dekad lalu.

Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh beliau.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak berkenaan.

“Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan yang terdapat dalam laporan itu tidak berasas sama sekali dan berniat jahat,” kata Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Kata beliau, lembaga pengarah syarikat termasuk Ti Chee Liang yang dinamakan dalam kertas mahkamah Switzerland tidak menerima 7.5 juta franc Swiss (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom Malaysia mendapatkan kontrak membina loji jana kuasa di Perlis akhir 1990-an.

“Saya mengesahkan tidak ada sebarang wang diterima oleh ahli lembaga pengarah termasuk saya,” kata veteran Umno ini.

Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan untuk menganugerahkan kontrak adalah sebulat suara dan kontrak telah diberikan pada 30 November 1999 kepada ABB ketika beliau merupakan lembaga pengerusi. ABB kemudian dibeli oleh Alstom.

Beliau merupakan menteri besar Perlis antara 1986 dan 1995 sebelum dilantik sebagai pengerusi TTPC dari 1996 hingga 2005.

Abdul Hamid memberitahu bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai siasatan ke atas Alstom Malaysia oleh pihak berkuasa Switzerland.

“Sehingga hari ini, saya tidak dimaklum atau dipanggil oleh mereka untuk memberi apa-apa keterangan atau menyediakan sebarang butiran, saya terkejut pihak berkuasa Switzerland menuduh saya dan Ti mengenai salah laku, kewangan atau sebagainya.

“Oleh itu, saya teleh mengarahkan peguam di Switzerland untuk memulakan prosiding membersihkan nama saya,” kata beliau sambil menambah, “saya mengalu-alukan sebarang siasatan berkenaan dakwaan tidak berasas ini.


The Malaysian Insider

Siang menjerit bela Melayu, malam gadai tanah



Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

“Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tinggal terkebelakang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah dan kepincangan Laporan Audit Negara.

“Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat.

Beliau menambah, mereka memahami bahawa Umno perlukan undi Melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.

Katanya, Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP.

Persoalannya, kata beliau DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008, siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini.

Tambahnya, tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.

Justeru, beliau menyenaraikan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai ‘tazkirah’ untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.

Soalnya, siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16 Oktober 2009.

Tambahnya, diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke-6), merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan rakyat negeri itu majoriti Melayu.

“Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion (2005)?

“Siapa yang pernah menjual Syarikat Bernas (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%?” tanya beliau.

Umno, ujarnya melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion di mana menterinya ketika itu, Datuk Annuar Musa daripada umno.

Umno juga, katanya mengkhianati kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.

Menurutnya, wang rakyat hangus hampir RM5 bilion dan siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Katanya lagi, siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship,rojek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Beliau berkata, seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL digadai oleh pemimpin umno kepada YTL), tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

“Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hipokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.

Umno, MCA bersekongkol hina hukum Islam

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.

Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) semalam, wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.

“DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss kepada Harakahdaily.

DPP Malaysia, katanya tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Jika demikian, ujarnya DPP Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya.

“Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar,” katanya.

Tegasnya, DPP Malaysia mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala- Umno.

“Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?” katanya.

Tambahnya, DPP Malaysia percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno, itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam.

Namun sehingga ke hari ini, ujarnya tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam, kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda.

Bagi mereka, katanya hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan.

“Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati,” katanya.

Beliau berkata, DPP Malaysia memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam.

Katanya, sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Selain itu, katanya DPP Malaysia mengharapkan agar umat Islam membuka mata melihat segala kemungkaran yang dilakukan oleh Umno.

Soalnya, apakah ada harapan buat umat Islam di negara ini bernaung di bawah kepemimpinan Umno jika mereka sendiri tiada niat untuk melaksanakan Islam.

“Jika mereka ditakdirkan memerintah buat seribu tahun lagi, Islam tetap bukan pilihan bagi Umno, kerana Islam bukan matlamat perjuangan mereka,” katanya.

Harakahdaily

Isu Air - Penduduk kesal laporan Utusan



RANTAU PANJANG, 5 Dis:
“Kami tidak ada masalah untuk mendapatkan air bersih. Tidak pula berlaku ada kekuningan seperti disebut dalam sebuah akhbar.

”Bekalan air yang disalur Air Kelantan Sdn Bhd tidak bermasalah, kalau setahun mungkin ada sekali dua terputus bekalan sekejap,” kata pekerja sebuah restoran di kawasan bebas cukai di sini.

Seorang peniaga, Wan Hanafi Wan Jaafar, 48 melahirkan rasa kesal terhadap laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendakwa air dibekalkan AKSB berkarat dan berbau.

”Saya hendak tanya sumber air yang didakwa itu diambil dari punca mana. Kalau air AKSB tidak berlaku apa yang didakwa tersebut.

”Lainlah kalau mendapat sumber air dari telaga tiub yang dikorek sendiri. Memang air boring berbau dan berwarna kuning. Kalau air AKSB tidak,” katanya ketika ditemui semalam.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada laporannya 24 November lalu menggambarkan air dibekalkan kerajaan negeri berkarat dan berbau.

Gambar disiarkan akhbar terbabit menunjukkan seorang surirumah mendakwa terdapat kesan-kesan air berkarat pada jarinya.

Sedangkan sumber air yang diguna itu tidak diceritakan dari punca mana. Berdasar tinjauan air berkarat dan berbau diperolehi sumber air telaga tiub yang dikoret sendiri dan bukan air AKSB.

Laporan Utusan cuba menyembunyikan fakta sebenar. Air boring masih digunakan sebahagian kecil peniaga di Rantau Panjang.

Telaga tiub yang diboring mendapat sumber air dari bawah tanah. Bagaimanapun keadaan rupa bumi pekan Rantau Panjang bekas sawah dan mudah air bertakung menyebabkan sumber air bawah tanah berkarat dan berbau.

Namun berlainan air dibekalkan AKSB kerana disalur dari Loji Rawatan Air Kelar, Pasir Mas.

Pegawai Komunikasi Korporat AKSB, Azahari Ab Rahman berkata, pengguna di Rantau Panjang mendapatkan sumber air dari loji Kelar.

”Air yang dibekalkan AKSB jernih dan tidak berbau. Maklumat seperti disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini tidak betul.

”Tindakan tersebut hanya untuk memburukkan AKSB dan kerajaan negeri semata-mata, sedangkan air berkarat dan berbau diambil penduduk dari punca lain,” katanya.

Penghulu Mukim Bandar Rantau Panjang, Wan Idris Deraman berkata, tidak timbul sama sekali air dibekalkan AKSB berkarat dan berbau seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Katanya, air yang didakwa berkarat itu diambil dari telaga tiub yang diboring penduduk dan bukan air milik AKSB.

”Tidak dinafikan masih ada peniaga di pekan Rantau Panjang yang menggunakan air boring biar pun berkarat dan berbau,” katanya.

Kata beliau sekarang sudah ramai penduduk menggunakan air dibekalkan AKSB kerana jauh lebih berkualiti.

Seorang peniaga gerai makanan, Hasnah Ismail, 58 mengakui beliau menggunakan sumber air boring untuk membasuh pinggan mangkuk di gerainya.

Bagaimanapun katanya, air minuman diambil daripada rumahnya.

”Saya bercadang mahu menggunakan sumber air AKSB memandangkan tidak berkarat dan berbau seperti air diboring,” ujarnya.


Harakahdaily

Ahad, Disember 04, 2011

Bung Moktar gesa Shahrizat letak jawatan



Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.

Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”

“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.

Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.

Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.

“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.

Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.

Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seleweng RM250 juta jumlah kecil bagi Umno


KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene, lapor KeadilanDaily.

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.

“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

HARAKAHDAILY

Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.

"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.

"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.

"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.

"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.

"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.

Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.

Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan.



HARAKAHDAILY

Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan



Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.

Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.

"Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan.

Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu.

Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan.

"Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya.

Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya.

"Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.

Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma.

"Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya.

Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan.

"Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN.

"Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau.

Sabtu, Januari 29, 2011

Keluar Mengundi Awal, Petang Dijangka Hujan


Ramalan kaji cuaca menjangkakan cuaca di Dun Tenang pada sebelah pagi esok dijangka mendung dan hujan di waktu petang.

Pengundi bagi seluruh Dun Tenang dinasihatkan keluarkan mengundi awal pagi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR juga katanya sudah mengambil langkah awal bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan Bomba dan Penyelamat, pihak polis dan juga Majlis Daerah Labis sekiranya banjir berlaku di kawasan mengundi.

Beliau juga masih optimis, sasaran 80 peratus pengundi akan keluar melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak lima hari yang lalu di Tenang.

Menjelang hari pengundian esok, 12 pusat membuang undi di Dun Tenang dibuka di Unit Peti Undi Kampung Redong, Air Panas, Labis Utara, Labis Timur, bandar Labis Tengah, Bandar Labis, Felda Tenang, Kampung Sawah Baru, Tenang Station, Ladang Bukit Dato', Felda Chempelak Barat dan Felda Chempelak.

14,753 pemilih berdaftar diingatkan membawa bersama kad pengenalan masing-masing semasa membuang undi

Ditulis oleh Te@M.IT

Khamis, Januari 27, 2011

PRK N.05 TENANG - TG Nik Aziz di Tenang Hari Ini, Esok


Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan berada di Tenang bermula hari ini bagi membantu kempen memenangkan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil Dun itu 30 Januari ini.

Bermula jam 11 pagi ini, Tuan Guru dijangka berada di Kampung Redong dalam program ramah mesra bersama rakyat sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Tenang.

Kemudian pada sebelah malamnya, beliau akan menghadiri jamuan rakyat pada jam 8 malam di bilik gerakan DAP Tenang Station.

Pada jam 10 .30 malam ini pula, beliau akan menyampaikan ceramah di Felda Chempelak Barat.

Manakala esok, beliau akan menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Cikgu Mala bermula jam 9 pagi.

Beliau kemudiannya akan bertemu media dan blogger pada satu Majlis ramah mesra dan jamuan selepas selesai kuliah kira-kira jam 12 tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Labis.

Pada jam 5 petang pula beliau akan menyertai majlis ramah mesra bersama warga peneroka di Felda Chempelak.

Pada sebelah malamnya pula, beliau akan menghadiri jamuan bersama Masyarakat Cina di Restoran G & D jam 8 malam, manakala 10.30 malam beliau akan berceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Dataran PAS.

PRK N.05 TENANG - Solat hajat untuk Tenang malam ini



PAS meminta dan merayu semua ahli dan penyokongnya agar menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu malam Jumaat agar calon parti itu berjaya dalam pilihan raya kecil Tenang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Tenang, Salahudin Ayub berkata, permintaan itu ditujukan kepada seluruh peringkat organisasi PAS agar menganjurkan solat hajat khusus malam ini.

"Saya memohan agar semua ahli dan penyokong PAS menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu pada Jumaat yang mulia ini, memohon agar diberikan kekuatan oleh Allah kepada jentera kita yang sedang bertungkus lumus di Tenang ini yang kini hampir sampai ke garisan penamat.

"Minta pohonkan juga kepada Allah agar perjuangan dan calon kita diberikan perlindungan dari sebarang perbuatan khianat atau rancangan jahat atau sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pengundi Tenang akan membuang undi Ahad 30 Januari ini selepas penamaan calon berlaku 22 Januari lalu.

PAS meletakkan Normala Sudirman atau Cikgu Mala (gambar) manakala BN meletak Mohd Azahar Ibrahim atau Tok Ai.

Sehingga ini, segla perancangan jentera PAS berjalan dengan baik bahkan banyak isu-isu yang datang membantu mereka.

Menurut Salahudin, banyak kawasan-kawasan yang selama ini kubu Umno berjaya ditembusi dan penduduk menerima baik kunjungan jentera dan juga calon PAS sendiri.

Sebelum ini, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media berkata, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

Isnin, Januari 24, 2011

50 Tahun dibawah UMNO @ BN
























Te@M IT

SIDANG MEDIA PRK N.05 (23 JAN 2011) KelantanTV

Kuliah Jumaat sesi kedua oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz 21 JAN 2011

Kuliah Jumaat Sesi Pertama oleh YB Dr Nik Mazian (ADUN Gaal) 21 JAN 2011

DAP lancarkan 'Huan' di Tenang

Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.

Tengahari tadi, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.

Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.

Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.

Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.

Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.

"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau...oleh Te@M IT

Pengundi Muda Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat

Pengundi muda di Tenang merupakan faktor penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang berkata, "Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat".

Menurut Abdul Hadi, Cikgu Mala mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di Dun Tenang.

"Bagi saya pengundi muda adalah penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi orang Felda juga sudah memihak kepada kita," ujarnya dalam satu sidang media semalam.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan," tambahnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS akui terpasa menempuh laluan yang sukar di kubu kuat BN ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kejutan boleh berlaku atas faktor calon golongan muda yang diketengahkan parti itu. Cikgu Mala mempunyai kelebihan dari segi hubungan mesra dengan penduduk setempat dan juga golongan pengundi muda.

Cikgu Mala perjuangkan isu wanita

Cikgu Normala, akan berusaha untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita dalam kawasan Dun Tenang amnya dan Negeri Johor khususnya.

Salahuddin Ayub, Pengarah pilihanraya kecil PAS Dun Tenang berkata demikan dalam sidang media harian parti itu pagi tadi.

53 peratus daripada pengundi di Dun Tenang ialah daripada pengundi wanita. Beliau sebagai seorang wanita berkata akan berusaha untuk memperjuangkan isu wanita seperti kesihatan, gejala sosial remaja wanita, masalah ibu tunggal dan kes pembuangan bayi.

"Cikgu mala bertekad untuk terus berusaha memperbanyakkan program pembangunan jati diri dan sahsiah wanita,

"Program ini bagi memberikan kekuatan dan 'pengemblengan atau synergy' kepada wanita dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran," jelas Salahuddin.

Tambahnya, pertambahan suara wanita perlu memandangkan hanya ada dua orang sahaja Adun wanita dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

Sidang media itu turut menyenaraikan tiga lagi komitmen dan janji calon Pakatan rakyat itu.

Turut hadir dalam sidang media itu tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar dan pimpinan PAS Johor.

Ahad, Januari 23, 2011

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor


Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.

"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ...Harakahdaily

Sabtu, Januari 22, 2011

Gambar Hari Penamaan Calon PRK N.05 Tenang II






Gambar Hari Penamaan Calon PRK N.05 Tenang









SATU LAWAN SATU DI PRK N.05 TENANG


CALON bagi pilihanraya Dun Tenang , Normala Sudirman (PAS) 38, dan Mohd Azahar Ibrahim (BN), 39, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon bagi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N.05) di majlis Daerah Labis, hari ini...myktv

Penyokong Pakatan Rakyat di luar Majlis Daerah Labis ketika penamaan cal...

Langsung Proses Penamaan Calon PRK Tenang - Harakahdaily


10.10 am: Calon PAS Normala sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borg pcalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dn didsokong Jayaraman Chinasamie

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya megumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am:
Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am:
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.




8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am:
Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am:
Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.





8.40 am:
Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.28 am:
Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.

8.23 am:
Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.







8.20 am:
Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am:
Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.06 am:
Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am:
Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.


HARAKAHDAILY